Bantuan

Senarai kandungan

  1. Menu utama
    1. Fail
    2. Sunting
    3. Lihat
    4. Tab
    5. Tanda buku
    6. Bantuan
  2. Paparan utama
  3. Paparan tambahan
  4. Tetapan
    1. Tetapan kelakuan
    2. Tetapan grafik
    3. Tetapan antaramuka
    4. Tetapan pintasan
    5. Tetapan pengubahsuai

Pengenalan

qpdfview merupakan pelihat dokumen bertab. Ia menggunakan Poppler untuk sokongan PDF, libspectre untuk sokongan PS, DjVuLibre untuk sokongan DjVu, CUPS untuk sokongan percetakan dan kit alat Qt untuk antaramukanya.

Sila rujuk halaman manual untuk maklumat pilihan baris-perintah dan fail konfigurasinya.

Menu utama

Fail

Sunting

Halaman semasa boleh diubah dengan memasukkan halaman yang dikehendaki ke dalam medan teks di dalam palang alat sunting, yang mana boleh difokus dengan menggunakan Ctrl+K, dan menekan kekunci return.

Lihat

Faktor skala boleh diubah dengan memasukkan peratus yang dikehendaki ke dalam medan teks di dalam palang alat lihat, yang mana boleh difokus dengan menggunakan Ctrl+L, dan menekan kekunci return.

Tab

Menu ini mengandungi senarai semua tab yang jadikan tab semasa dengan mengklik pada item menu berkenaan. Tab juga boleh ditutup dengan mengklik-tengah tetikus. Sembilan tab yang pertama dapat diaktifkan dengan menahan pengubahsuai Alt dan menekan kekunci satu hingga sembilan.

Tanda Buku

Bantuan

a name="mainview">Paparan utama

Kekunci backspace/space key langkau ke halaman terdahulu/berikutnya. Manakala, kekunci home/end langkau ke halaman pertama/terakhir. Kekunci anak panah, page up dan page menatal port pandang. Penekanan kekunci control dan return jumps akan lompat ke halaman sebelum lompatan terakhir.

Dengan menggunakan roda tetikus ditatal ke atas atau ke bawah. Tahan ALT ketika menggunakan roda tetikus untuk ditatal ke kiri dan ke kanan. Tahan CTRL ketika menggunakan roda tetikus untuk skalakan dokumen. Tahan SHIFT ketika menggunakan roda tetikus untuk memutar dokumen. (Pengubahsuai papan kekunci boleh diubah di dalam dialog tetapan.) Klik dan tahan butang tengah tetikus untuk membentuk segiempat seterusnya mengezum masuk.

Pautan disorot oleh bingkai merah (jika dibenarkan dalam tetapan). Klik-kiri pada pautan untuk menunjukkan halaman terpaut atau buka URL terpaut dalam pelayar lalai (jika dibenarkan dalam tetapan). Klik-tengah pada pautan untuk menunjukkan halaman terpaut dalam tab baharu. Kursor berada diatas pautan memaparkan destinasinya sebagai tip alat.

Medan borang disorot dengan bingkai biru (jika dibenarkan dalam tetapan). Klik-kiri pada medan borang untuk menyunting kandungannya. Terapung diatas medan borang akan paparkan namanya sebagai tip alat.

Sumber kedudukan dalam dokumen boleh dibuka dengan penyunting sumber menggunakan menu konteks yang secara pilihannya mengandungi item untuk pemadanan pertama nod SyncTeX.

Untuk menyalin teks atau imej, tahan SHIFT, klik dan tahan butang kiri tetikus untuk menyeret bingkai disekeliling kawasan yang hendak disalin. Seusai butang tetikus dilepaskan, satu menu timbul terpapar untuk memilih sama ada hendak menyalin teks atau imej ke dalam papan keratan.

Untuk menambah catatan atau anotasi, tahan CTRL, klik dan tahan butang kiri tetikus untuk menyeret bingkai disekeliling kawasan yang hendak dicatatkan. Bila butang tetikus dilepaskan, satu menu timbul terpapar sama ada hendak menambah teks atau menyorot cacatan. Klik-kiri untuk menyunting catatan. Klik-kanan untuk membuang catatan. (Penambahan dan pembuangan catatan memerlukan versi pustaka Poppler 0.20.1 atau ke atas.) Kursor berada di atas catatan akan paparkan kandungannya sebagai tip alat.

Untuk zum ke pemilihan, tahan SHIFT dan CTRL, kemudian klik dan tahan butang kiri tetikus dan seret bingkai disekitar kawasan yang hendak dizumkan.

Ketampakan palang alat dan menu boleh ditogol menggunakan pintasan papan kekunci boleh dikonfigur yang mana nilai lalai adalah "Shift+Alt+T" dan "Shift+Alt+M".

Paparan tambahan

Paparan garis luar memaparkan selayang pandang kandungan dokumen. Seklik kiri pada masukan akan langkau ke halaman berkenaan dalam paparan utama. Menu konteks boleh digunakan untuk kembang/kuncupkan semua item dibawah item terpilih.

Paparan garis luar juga boleh dinavigasi menggunakan papan kekunci dan roda tetikus. Tahan Shift dan klik kekunci Up/Down untuk menatal paparan. Tahan Shift dan klik kekunci Left/Right akan kuncup/kembangkan satu aras item dibawah item terpilih. Tahan Control dan klik kekunci Left/Right akan sepenuhnya kuncup/kembangkan item terpilih dan anak-anaknya. Tahan Shift dan tatal guna roda tetikus akan mengubah item terpilih. Tahan Control dan tatal roda tetikus akan kembang/kuncupkan item terpilih.

Paparan sifat paparkan maklumat tambahan yang terkandung di dalam dokumen.

Paparan lakaran kenit papar versi kecil halaman dokumen. Klik kiri padanya akan lompat ke halaman berkenaan di paparan utama.

Paparan tanda buku menunjukkan tanda buku berkaitan dengan dokumen yang terpapar dalam tab semasa. Menu konteks mengandungi masukan yang langkau ke tanda buku berikutnya/terdahulu atau untuk menambah tanda buku. Menu konteks bagi setiap masukan untuk sunting dan padam tanda buku.

Jika dibenarkan dalam tetapan, labuh gelintar lanjutan menunjukkan selayang pandang yang mengandungi keputusan semua gelintar yang telah dibuat dalam semua tab. Ia juga menunjukkan teks disekitar keputusan yang mana terma gelintar ditegaskan. Dengan mengklik pada keputusan tersebut akan membuka tab berkenaan dan langkau ke kedudukannya.

Tetapan

Tetapan kelakuan

Tetapan grafik

Tetapan antaramuka

Tetapan pintasan

Tetapan pintasan membolehkan pelarasan pintasan papan kekunci mengikut kehendaki peribadi. Pintasan boleh diubah dengan mengklik dua-kali pada pintasan untuk menyuntingnya dan menginput pintasan baharu. Setiap tindakan boleh mempunyai beberapa pintasan dengan menginput senarai terpisah-titik-bertindih pada mereka. Nama kekunci yang bukan satu abjad ditulis dengan jelas (contohnya. "Alt", "Ctrl", "PgDown"), yang mana pemadanan tidak sensitif kata. Jika pintasan mengandungi kekunci pengubahsuai, nama kekunci digabung dengan simbol campur dan kekunci pengubahsuai mesti disenarai terlebih dahulu, contohnya. "Ctrl+A" atau "Ctrl++".

Tetapan pengubahsuai